Pengenalan Perpustakaan KPKM
Perpustakaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan antara Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905.
Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).